Posted by: sungaisaim | April 8, 2009

CIRI-CIRI MUKMIN YANG BERJAYA DAN CEMERLANG

Firman Allah S.W.T. bermaksud;

“ Sesungguhnya berjaya/beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan/perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali, terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa yang mencari di sebalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal dalamnya.”

(Al-Mu’minuun: 1-11)

Semua insan inginkan kejayaan, ingin menjadi orang yang berjaya. Sebagai pelajar, mereka ingin menjadi pelajar yang berjaya. Sebagai anak, ingin menjadi anak yang berjaya. Sebagai pekerja, ingin menjadi pekerja yang berjaya dan sebagainya. Ramai yang inginkan kejayaan dalam hidup masing-masing, tiada siapa yang mengimpikan kegagalan dalam hidupnya.

Bagaimana hendak mengetahui yang kita termasuk dalam golongan yang berjaya atau tidak. Sedangkan berbagai-bagai ikhtiar telah kita lakukan untuk berjaya. Kita hadiri pelbagai motivasi dan kem kendiri, namun masih keliru adakah kita sebenarnya sudah berjaya ataupun masih gagal. Allah S.W.T. mengajarkan melalui al- Quran bagaimana hendak menjadi orang yang berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Satu daripada ciri berjaya berdasarkan maksud Firman Allah S.W.T. di atas ialah mereka yang menjaga solatnya. Hanya orang-orang yang khusyuk dalam solat dan menjaga solatnya akan berjaya. Ini kerana solat merupakan cermin kepada seseorang itu. Jika seseorang yang bersolat dengan tidak sempurna dan tergopoh-gapah, maka sudah tentu orang tersebut mempunyai sifat melulu dan tergopoh-gapah. Sebaliknya, solat yang dilakukan dengan tertib dan penuh kekhusyukkan akan melahirkan keperibadian yang unggul dan berhemah.

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk dalam solat dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah S.W.T., ia juga berperanan sebagai pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan merasa gerun dan takut ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Begitu besarnya peranan solat dalam kehidupan kita. Maka amat wajarlah Allah S.W.T. memerintahkan supaya mengambil berat tentang solat sekiranya ingin beroleh kejayaan bukan sahaja kejayaan di dunia, malah kejayaan di akhirat.

Hidangan sudah ada di hadapan, terpulang kepada kita sama ada mahu memakannya ataupun tidak. Peliharalah solat agar kita beroleh kebahagian dan kejayaan. Hanya dengan solat kita dapat membentuk peribadi yang unggul dan berjaya kerana jika solat sempurna, maka akan sempurnalah kehidupan kita seluruhnya.

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud ;

Dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Kunci syurga ialah solat..”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad –Hadis Hasan)

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud;

“Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya : Bagaimana dia mencuri di dalam solatny?.. Nabi s.a.w menjawab : Dia tiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya”.

(Hadis Riwayat Ahmad, Thabrani & Ibn. Khuzaimah)

Kesimpulan

Ciri-ciri Mukmin Berjaya dan Cemerlang di sisi Allah S.W.T. berdasarkan ayat di atas ialah:

1. KHUSYU’ DI DALAM SOLAT

2. MENJAUHI PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH

3. MENGELUARKAN ZAKAT

4. MEMELIHARA KEMALUAN

5. MENUNAIKAN AMANAH DAN JANJI

6. MEMELIHARA SOLAT

Persoalannya, mengapa masih tercari-cari makanisme lain untuk berjaya dan cemerlang?. Banyak yang telah tersedia di dalam al-Quran, cuma kita tidak menggalinya. Sama-samalah kita muhasabah diri dan berdoa moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. agar kita mampu mengutamakan garispanduan yang telah wujud di dalam al-Quran al-Karim dalam kehidupan seluruhnya. Mudah-mudahan dengan itu kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

Wallahu a’lam.

Disediakan oleh :

Noor Rashidah A. Rahman

CITU, Perak

Diedit oleh;

Ustaz Abd. Nasir Hj. Musa

Ustazah Kalsom Awang

Ustazah Mazlah Yaacob

About these ads

Responses

  1. salam.
    boleh saya tahu apakah maksud ayat 6
    “kecuali terhadap isteri2 mereka atau apa yang tangan2 kanan mereka memiliki,lalu mereka tidak tercela”

  2. maksudnya yang dihalalkan kepada seorang lelaki adalah isteri2nya ataupun hamba sahaya yang mereka miliki….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: